BATCH MML 2009
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

3 posters

Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

Post  X-FaR Tue Mar 17, 2009 5:11 pm

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu 32406454907c0dcf4d9c


Sebuah aktiviti cerapan 'perdana' anjuran Falak Online akan diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2009 di pantai Mek Mas, lokasi pencerapan popular oleh selebriti Falak terkenal di Pantai Timur, iaitu Dr. Rowi. Beberapa aktiviti menarik telah dirancang. Namun, yang pasti, disebabkan lokasi tersebut amat gelap dan sesuai untuk cerapan, maka tumpuan akan menjurus kepada meningkatkan kemahiran mencerap di kalangan peminat astronomi, dan khasnya untuk ahli-ahli Falak Online.

Di antara aktiviti yang dijangka akan mencabar minda ialah menjejak objek-objek samawi tanpa menggunakan bantuan fungsi komputer di dalam teleskop, dan hanya semata-mata menggunakan carta bintang secara manual, dan kena doa lebih sikit! ;-)

*Mungkin 5 atau 6 orang daripada MML akan turut serta dalam program tersebut.
X-FaR
X-FaR
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 22
Points : 35
Registration date : 2009-03-16
Age : 32

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Re: Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

Post  assabakie Tue Mar 17, 2009 8:37 pm

nok g etek..wa!!!!!!!!
assabakie
assabakie
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 13
Points : 12
Registration date : 2009-03-16
Age : 32
Location : rumoh 2 tikat kekuningan,sabak,kota bharu

http://niknabil.retromalaya.com/

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Re: Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

Post  tsaqif Tue Mar 17, 2009 9:29 pm

sek2 falak jah ko bulih gi?? Mad Embarassed

Spoiler:
tsaqif
tsaqif
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 13
Points : 11
Registration date : 2009-03-16
Age : 32
Location : Mache, kelate,,

http://www.tsaqiflife.wordpress.com

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty TENTATIF PROGRAM

Post  X-FaR Wed Mar 18, 2009 7:15 pm

Hari Pertama (20 Mac 2009)

03.30 ptg - Pendaftaran Peserta

04.00 pg - Kata-kata aluan
Oleh : Dr. Mahamarowi
Pemilik Balai Cerap
04.30 ptg - Minum Petang / Solat

05.00 ptg - Bengkel 1 (teori)
Oleh : Falak Online
Tajuk : Lanjutan pengunaan Teleskop

- Bengkel 2 (teori)
Oleh : Falak Online
Tajuk : Langit dan Mata Kasar

06.30 ptg - Bersurai

09.00 mlm - Praktikal
Oleh : Semua Perserta
Tajuk : Realiti Menjejak Bintang
- Cerapan
- Astrofotografi

12.00 t/mlm - Bersurai


Hari Kedua (21 Mac 2009)

09.00 pg - Bengkel 3
Oleh : Falak Online
Tajuk : Pengunaan Peta Bintang dan Atlas Langit

10.00 pg - Sarapan

10.30 pg - Sambung bengkel

11.30 pg - Bengkel 4 (teori & Amali)
Oleh : Dr. Maharowi
Tajuk : Teleskop dan Astrofotografi

12.30 t/hari - Rehat / Makan T/hari / Solat

02.30 ptg - Chit Chat Gerhana 2009
Oleh : Falak Online
Tajuk : Teknikal
04.00 ptg - Rehat / Minum Petang / Solat

05.00 ptg - Bengkel 5
Oleh : Falak Online
Tajuk : ICT dan Astronomi

06.00 ptg - Bersurai

08.00 mlm - Makan Malam / Solat Isyak

09.00 mlm - Praktikal
Oleh : Semua Perserta
Tajuk : Realiti Menjejak Bintang
- Cerapan Perdana Wilayah Timur

12.00 mlm - Bersurai


Hari ketiga (22 Mac 2009)

09.00 pg - Forum
Oleh : Semua Peserta
Tajuk : Rumusan Program
- Majlis Perasmian dan Penutup
- Sesi Fotografi
- Sarapan
- Bersurai
X-FaR
X-FaR
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 22
Points : 35
Registration date : 2009-03-16
Age : 32

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Tawaran Terbuka

Post  X-FaR Thu Mar 19, 2009 12:09 pm

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini. Bolehlah dapatkan borang penyertaan dengan saya sebelum berlangsungnya program tersebut melalui tel atau e-mail atau pergi sendiri ke rumah.

Hanya 5 tempat sahaja dibuka dan ianya adalah terhad.
X-FaR
X-FaR
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 22
Points : 35
Registration date : 2009-03-16
Age : 32

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Laporan Oleh Astromas

Post  X-FaR Wed Mar 25, 2009 7:11 pm

Pada 20, 21, dan 22 haribulan Mac yang lalu, saya dan berapa rakan dari Falak-Online telah mengadakan satu aktiviti cerapan bintang yang bertempat di chalet milik Dr Rowi di Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan. Aktiviti ini dinamakan Program Realiti Menjejak Bintang (bunyinya ala-ala Akademi Fantasia aje…hehe)

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu DSC00469

Program cerapan bintang ini disertai sekitar 15 orang peserta yang datang dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Penang. Antara yang hadir ialah Dr Mahamarowi sendiri, tuan punya Falak-Online iaitu En Shahrin Ahmad, Pak Aziz, dari ANGKASA iaitu saudara Redzuan dan Hamka, wakil Jabatan Mufti Pulau Pinang iaitu ustaz Hardi dan dua pembantunya, dari negeri Sembilan iaitu Ustaz Shamsul & Ustaz Ramli, dua rakan dari sekolah Maahad Muhammadi Lelaki iaitu Izzul dan Azwan, Ustaz Mat Noor dari Maahad Muhammadi Perempuan, Abe Jih, Shafie, beberapa forumer Falak-Online seperti Nursyah, Fukhairei dan lain2 yang tidak dapat saya sebutkan di sini.

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu DSC00468

Pencerapan dimulakan pada hari Jumaat malam Sabtu. Alhamdulillah cuaca begitu amat mengizinkan untuk kami melakukan cerapan. Keadaan yang amat gelap di Pantai Mek Mas sangatlah mengujakan kami dengan taburan bintang kelihatan memenuhi dada langit. Bintang2 yang malap yang kebiasaannya susah untuk dilihat telah bersinar terang pada malam tersebut sehinggakan saya merasa sedikit susah untuk mengenal pasti bentuk buruj. Saya hampir2 tersilap cuba membayangkan bentuk buruj Scorpio pada buruj Bootes.hehe. Antara aktiviti pengimejan yang dilakukan pada malam tersebut ialah mencerap planet Zuhal, melakukan astrofotografi oleh Pak Aziz dan mengambil gambar star trail oleh saudara Redzuan. Saya sempat menunjukkan kepada Nursyah dan rakan dari sekolah Maahad Muhammadi cara untuk menjejaki objek astronomi yang mudah dilihat menggunakan binokular. Antara objek yang kami jejak pada malam itu ialah kelompokan bintang terbuka M6 dan M7, kelompokan bintang globul Omega Centauri, Whirpool Galaxy M51, Nebula Lagoon M8, Nebula Trifid M20 dan Nebula Burung Helang M16 (eagle nebulae). Aktiviti cerapan telah berakhir pada jam 4 pagi.

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu DSC00467

Hari ke-dua program dimulakan dengan sarapan pagi dengan nasi bungkus berlauk. Adalah menjadi kebiasaan di negeri Kelantan untuk sarapan pagi dengan nasi berlaukkan ayam atau ikan yang dimasak kari. Selain itu, menu seperti nasi dagang dan nasi kerabu juga biasa dimakan pada waktu pagi. Sesiapa yang tidak pernah ke Kelantan kebiasaannya akan mengalami sedikit kejutan budaya apabila terpaksa menjamah sarapan dengan menu yang agak berat. Namun akhirnya nasi bungkus tersebut licin juga dimakan walaupun mengambil tempoh yang lama untuk dihabiskan.hehe.

Aktiviti pada waktu tengah hari ialah melawat balaicerap Dr Rowi yang terletak di Jalan Bayam, Kota Bharu. Balai cerap ini telah dibina sendiri oleh Dr Rowi di atas loteng rumahnya. Peserta program ditunjukkan secara ringkas akan peralatan yang dimiliki oleh Dr Rowi. Pastu ramai yang kagum apabila melihatkan betapa hardcorenya Dr Rowi dalam hobi astronomi ini. Saya tidak hadir pada sesi tengah hari ini kerana meluangkan masa untuk berhibernasi di rumah saya :p

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu DSC00472

Aktiviti petang diteruskan dengan acara membakar BBQ untuk dijadikan santapan awal makan malam sebelum pencerapan dilakukan. Tujuan utamanya ialah untuk memastikan kami mempunyai lebih masa untuk mencerap pada malam nanti.hehe. Malam nanti saya bercadang untuk mengadakan aktiviti Messier Marathon iaitu aktiviti menjejak sebanyak mungkin objek Messier.

Aktiviti pencerapan bintang yang dirancang pada malam hari ke-dua telah dibataskan oleh kehadiran awan tebal yang menyelubungi langit Kota Bharu. Nampaknya Messier Marathon saya juga terpaksa dibatalkan. Oleh itu, kami menghabiskan masa dengan bersembang mengenai pengalaman melakukan cerapan dan sebagainya. Taiko2 astronomi tempatan seperti Dr Rowi, En Shahrin dan Pak Aziz mendominasi suasana dengan kisah mereka yang menarik.

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu DSC00471

Saya tertarik dengan kisah lama Dr Rowi yang mana beliau terpaksa menghabiskan masa selama tiga tahun semata-mata untuk mempelajari cara menfokuskan pada sesuatu bintang. Dengan sumber info yang terhad ditambah lagi pada masa itu (tahun 90-an) masih ramai yang kurang mengetahui teknik melakukan cerapan bintang dan astrofotografi, maka Dr Rowi terpaksa mencuba sendiri bagaimana menggunakan alatan yang dibelinya itu secara try & error. Dengan berkat dan kesungguhan beliau, akhirnya kini beliau tergolong di antara sifu2 astronomi yang disegani di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Program pada malam tersebut berakhir sekitar jam 12 malam.

Saya akan terus berada di Kelantan sehingga 5haribulan April ini. InsyaAllah saya akan cuba melaksanakan aktiviti Messier Marathon saya dengan bantuan peralatan Dr Rowi. Kita tunggu dan lihat laporannya nanti Wink

Salam hormat dari saya,


MOHD RIZUAN BIN ALI,
ASTROMAS,
www.astromas2020.blogspot.com
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412

VIDEO DARI FALAK-ONLINE
X-FaR
X-FaR
Co-Admin
Co-Admin

Number of posts : 22
Points : 35
Registration date : 2009-03-16
Age : 32

Back to top Go down

Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu Empty Re: Program Realiti Menjejak Bintang 20-22 Mac di Kota Bharu

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum